Diana Rafar failkan cerai terhadap Zamarul Hisham

Diana Rafar failkan cerai terhadap Zamarul Hisham

16 Jan – Pelakon dan penyanyi Diana Rafar telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Zamarul Hishim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam, dan enggan mengulas lanjut mengenai punca dia failkan perceraian.

"Saya sudah failkan permohonan perceraian jam 1 tengah hari tadi (semalam).

"Maaf saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami buat masa ini. Saya reda degnan apa yang terjadi," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu rumah tangga pasangan ini dikatakan mula goyah apabila dikatakan wujud orang ketiga iaitu penyanyi lelaki era 90an, Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud.

Menurut sumber, hubungan rapat Diana dan Oja yang terbabit dalam beberapa projek penerbitan lagu baru wanita itu dikatakan menjadi punca permasalahan terbabit.

Diana dan Zamarul telah berkahwin pada 16 Mei 2009 selepas lapan tahun mejalin hubungan cinta.

[Sumber foto: perekacerita]